Wednesday, February 24, 2010

#10

Dia senyap...
Mungkin mulut dijahit benang emosi
Hati dijerut tali sangsi
Jiwa dirantai besi panas berapi...

Dia senyap lagi..
Tapi kali ini lama...
Marah?
atau
Sengaja?
Aku buntu

Dia senyap dan terus senyap..
Aku?
Senyap di bibir, tapi hati meronta-ronta
Menjerit-jerit..
Tapi, dia tak tahu..
sebab dia senyap...
dan aku... terpaksa jua senyap..

Monday, February 22, 2010

#9

Sebab aku sibuk, dia jadi jauh
Jauh bukan seribu batu
Jauh mungkin seribu tahun
Salah aku kah ?
atau salah situasi yang mencengkam?

Aku ada kerana dia ada
Aku senyum kerana dia
Aku bahagia kerana dia

Satu kuminta
Jangan perasaan itu hilang
kerana bila ia mula hilang
aku pergi tanpa pulang
aku hilang dalam bayang
aku derita dalam sayang

aku sayang kamu
dan
aku harap begitu sepanjang waktu
walaupun aku tak disampingmu
selalu
<3

Saturday, February 13, 2010

#8

Bila dia jauh
aku jadi rindu
aku jadi sasau
aku jadi gila
aku tak menentu

Bila dia dekat
aku bahagia
bahagia
dan bahagia

Bila dia tak di sampingku
terasa ingin terbang tinggi
merenangi lautan luas
biar mati sejuta rasa
asalkan rasa rindu itu dapat hilang

Aduh..
Kenapa rindu dia sangat ni?
Kenapa?
Biarpun sesaat,
tapi rasa bagai bom jangka..
Setiap masa rindu membara
menyalakan lagi sumbu cinta
membuat hati bertambah gelora

Aku sayang dia
sepertimana kasihnya dia terhadapku
Aku tahu
Biarpun jauh
hati kami dekat
Biarpun lama
masa hanyalah angka
boleh didarab, ditambah dan ditolak.
tapi cinta ini pastinya tidak berbahagi.


"Aku ada kerana dia ada untukku"

Monday, February 1, 2010

#7

Aku pelik.
Aku tak tahu kenapa.
Perasaan itu menjelma.

Aku pelik.
Aku tak tahu kenapa.
Fikiranku hanya dia.

Aku pelik.
Sebab aku asyik ingatkan dia.
Rindukan dia.

Oh.
Perlukah aku begini?
Sedangkan dia tidak begitu.

Aku bahagia dengannya
Masa terasa indah bersamanya
Dunia terasa milik berdua
Cinta terasa mekar membunga
Memayungi saat indah bersama

Aku pegang tangannya
Aku sentuh pipi lembutnya
Aku belai rambutnya
Aku peluk badannya
Aku bisikkan ke telinganya
Aku sayang padanya.

Bila dia jauh, aku rindu
Bila dia senyap, aku risau
Bila dia merajuk, aku gelisah
Bila dia sakit, aku resah
Bila dia pergi, aku mati.

Biarlah aku mati sendiri
dari mati tanpa dia di sisi