Sunday, April 3, 2011

Aku milik dia

Aku kelu
Tidak ada perkataan mampu ku titipkan
Kerana tiada satu pun terlintas di fikiran
Tiada kata dalam kamus dunia yang mampu menggambarkan
Mungkin jika diselam ke lautan terdalam
atau
Mungkin jika digali ke pusat bumi
Mungkin mampu menceritakan apa yang ku rasa

Aku manusia paling bertuah
Bukan kerna aku miliki harta setinggi gunung
Bukan kerna aku raja seluruh alam
Bukan kerna aku miliki hamba selautan
atau
Bukan kerna aku manusia paling dipuja
cuma aku cukup bertuah
kerana memiliki dia
dan dia memiliki aku

Aku bukan lelaki pandai bermadah
Aku bukan lelaki yang cantik rupa
Aku juga bukan lelaki dambaan wanita
Aku cukup kerdil jika aku dibanding-banding
kerna aku tahu siapa aku
yang ibarat semut hitam mencari gula
Gula tak jumpa, tapi mati di tengah jalan
Tiada siapa peduli

Dia cinta sejatiku
Dia jiwa ragaku
Dia ratu hatiku
Dia satu dalam sejuta
Dia buat aku gila
Dia segalanya bagiku

Aku berterima kasih kepada-Mu
kerana meminjamkan dia kepada ku
kerana menterbitkan rasa indah itu
kerana menemukan dia padaku
aku tahu dia lah yang aku tunggu
dan aku tahu
Dia milik aku
Aku milik dia


Sayang,
3 April 2011

Thursday, March 31, 2011

Sang cinta datang berkunjung

Aku dikunjungi sang cinta lagi...

Kali ini lain sungguh sapaannya.
Membawa bersama rasa yang tak pernah kunjung sebelum ini

Aku seperti terbang
Aku seperti terawang-awang
Aku terasa seperti dunia ini melambung aku tinggi
cukup tinggi...
sehingga aku tidak lagi berpijak
di akar bumi yang selama ini kuat merenggut
dan
langit bumi yang selama ini tak tercapai,
mulai menyentuh liang-liang pipi
membuat aku rasa seperti dalam alam mimpi
yang entahkan pasti entahkan satu lagi mimpi ngeri

Sang cinta
Kau datang tanpa meniup bayu amaran
Kau datang seperti Tsunami
Ganas menyerang
membekas kesan mendalam
sehingga seluruh jiwa ibarat mencengkam

Aku tunduk padamu kali ini
Aku hadiahkan kau bendera putih
bukan tanda aku menyerah
tapi aku mahu kau corakkan warna-warna indah
lukiskan dunia indah
kerana aku tahu
kali ini kau datang
bukan sekejap punah

Sang cinta
terima kasih ku titipkan
kerana akhirnya kau hadir juga
biar kedatangan kau yang lalu
masih lagi membuat kakiku terbenam jauh memasak bumi
kau membuat aku tidak lagi mahu mendongak ke langit tinggi
tapi kali ini
kau bebaskan kaki-kaki kudisku
untuk terus melompat mencium langit
memeluk awan
melapah alam

Sang cinta
terima kasih
kini aku menanti
dihimpit kasih