Tuesday, April 13, 2010

Beban dan bebanan

Kepala berat
Dada sesak
kaki terikat
hati berselirat
nafas kehausan
mata buta

Berat beban
berat lagi bebanan
semakin hari semakin terbeban
dan
semakin lama menjadi korban

Ijtihad ku mudah
Bukan mahu menjadi Nabi
Bukan mahu menjadi Raja
memilik segala kuasa
menakluk segenap ruang
mememegang seluruh rasa
dijulang dan disanjung

Kudrat ku lemah
Aku bukan pinta diuji begini
aku jua tidak mahu dihukum begini
Aku jua tidak mahu terbeban begini

Renyuk redam hati
Ribut gelora gelodak jiwa
Kusut serabut fikiran
Hanya sekadar menambah beban
Bukan beban biasa
tapi beban yang penuh bisa

Wednesday, February 24, 2010

#10

Dia senyap...
Mungkin mulut dijahit benang emosi
Hati dijerut tali sangsi
Jiwa dirantai besi panas berapi...

Dia senyap lagi..
Tapi kali ini lama...
Marah?
atau
Sengaja?
Aku buntu

Dia senyap dan terus senyap..
Aku?
Senyap di bibir, tapi hati meronta-ronta
Menjerit-jerit..
Tapi, dia tak tahu..
sebab dia senyap...
dan aku... terpaksa jua senyap..

Monday, February 22, 2010

#9

Sebab aku sibuk, dia jadi jauh
Jauh bukan seribu batu
Jauh mungkin seribu tahun
Salah aku kah ?
atau salah situasi yang mencengkam?

Aku ada kerana dia ada
Aku senyum kerana dia
Aku bahagia kerana dia

Satu kuminta
Jangan perasaan itu hilang
kerana bila ia mula hilang
aku pergi tanpa pulang
aku hilang dalam bayang
aku derita dalam sayang

aku sayang kamu
dan
aku harap begitu sepanjang waktu
walaupun aku tak disampingmu
selalu
<3

Saturday, February 13, 2010

#8

Bila dia jauh
aku jadi rindu
aku jadi sasau
aku jadi gila
aku tak menentu

Bila dia dekat
aku bahagia
bahagia
dan bahagia

Bila dia tak di sampingku
terasa ingin terbang tinggi
merenangi lautan luas
biar mati sejuta rasa
asalkan rasa rindu itu dapat hilang

Aduh..
Kenapa rindu dia sangat ni?
Kenapa?
Biarpun sesaat,
tapi rasa bagai bom jangka..
Setiap masa rindu membara
menyalakan lagi sumbu cinta
membuat hati bertambah gelora

Aku sayang dia
sepertimana kasihnya dia terhadapku
Aku tahu
Biarpun jauh
hati kami dekat
Biarpun lama
masa hanyalah angka
boleh didarab, ditambah dan ditolak.
tapi cinta ini pastinya tidak berbahagi.


"Aku ada kerana dia ada untukku"

Monday, February 1, 2010

#7

Aku pelik.
Aku tak tahu kenapa.
Perasaan itu menjelma.

Aku pelik.
Aku tak tahu kenapa.
Fikiranku hanya dia.

Aku pelik.
Sebab aku asyik ingatkan dia.
Rindukan dia.

Oh.
Perlukah aku begini?
Sedangkan dia tidak begitu.

Aku bahagia dengannya
Masa terasa indah bersamanya
Dunia terasa milik berdua
Cinta terasa mekar membunga
Memayungi saat indah bersama

Aku pegang tangannya
Aku sentuh pipi lembutnya
Aku belai rambutnya
Aku peluk badannya
Aku bisikkan ke telinganya
Aku sayang padanya.

Bila dia jauh, aku rindu
Bila dia senyap, aku risau
Bila dia merajuk, aku gelisah
Bila dia sakit, aku resah
Bila dia pergi, aku mati.

Biarlah aku mati sendiri
dari mati tanpa dia di sisi





Friday, January 15, 2010

#6

Dilema...

Jentik hati...
Buka memori..
Kenang kembali..
Kata hati...

Dulu, rasanya aku cukup hebat
Diagung dikagumi..
Aku punya segalanya
Aku ada kepandaian
Aku ada keperibadian
Aku ada keazaman
Aku hampir sempurna..

Aku memang gembira, dulu..
Di atas kertas..
Aku memang hebat, dulu..
Di pentas sekolah..

Kini,
satu penyesalan aku temui.
aku lalai dulu
aku alpa
aku tak pernah bersyukur
dan kini,
segalanya dtg menghukumi
membuatkan aku terduduk kecewa
di atas bangku penyesalan

Kini aku dalam persimpangan..
Mahu teruskan..
atau
mahu berhenti..

Kalau diteruskan,
semakin byk beban ditanggung
semakin menghujan masalah menimpa
Kalau berhenti,
di manakah titik noktahnya?
di mana aku hendak bangkit kembali?

Rasanya,
baik aku teruskan..
sungguh besar harapan yang digalas
Untuk aku ke tahap itu..
rasanya, sia-sia aku mengalah
kerana aku sudah separuh jalan
ke tahap itu..

Sunday, January 10, 2010

#5

SIANG DAN MALAM




Dua musim berbeza..

Gembira berganti duka
Gembira seketika
sebelum duka menyua

Memang hari ini, aku cukup gembira
Kerana aku ada di sampingnya..
dan
dia ada di sampingku
Meski hati masih mencari konklusi..

Malam ini
hatiku berbunga rasa
menguntum indah
mekar bak sejuta warna

Aku keliru
dengan mainan perasaan
dengan perang jiwa
dengan gelodak rasa
Menangkah aku,
atau
kalahkah aku,
Dia tetap menang
kerana dia tetap satu di hatiku

Oh!
Jujur itu satu rahmat
buat diriku
Membuka lembaran baru
Dua perasaan berbeza
dua rasa berbeza
Harus ku korbankan satu rasa
demi satu rasa yang lain
Sebab aku tak mahu kehilangannya

Malam ini juga,
Lagu "Pergi" mengiringi perasaan ini
Ya.
Lagi sekali aku kecewa...
dalam permainan CINTA...

Biarlah kupendam sampai suatu masa.
Kerana aku yakin
CINTA itu ADA...

Saturday, January 9, 2010

Akhirnya...

MATA bertentang MATA...

buat aku tersenyum

Sunday, January 3, 2010

#3

Pagi ini, telefonku senyap

Kotak mesej ku sepi

Talian hatiku tak bersambung

Aku gelisah...



Isyarat hati ku kirimkan

Tapi tanpa balasan

Bougainvillea cinta seperti kusam

atau

Api rindu yang semakin padam?




Benarkan aku memilikimu

Izinkan aku mencintaimu

Berikan aku ruang

Meskipun dalam senyap, dalam diam

Terimalah aku seadanya

Kerana aku hanya insan yang terperangkap

dalam panahan cintamu

Oh Tuhan, seksanya perasaan ini!

Friday, January 1, 2010

#2

"kadang-kadang CINTA menerbitkan rasa rindu..

Tapi amat jarang RINDU menerbitkan rasa CINTA..

Mungkin kerna itu, CINTA diertikan sebagai cukup INDAH...

Sedangkan sebenarnya RINDU itu membuatkan CINTA terasa lebih indah dan bererti.."






"aku ingin hidup dalam CINTA

aku ingin dibuai rasa RINDU

cukup senang ku dikunjung RINDU

tapi mengapa sukar aku didatangi CINTA?"



Benarkah CINTA itu RINDU..

dan

RINDU itu CINTA...???