Tuesday, September 4, 2012

Adakah ini namanya cinta?

Adakah ini cinta bila hati rasa berbunga-bunga
dan jiwa rasa menguntum sejuta rasa?

Adakah ini cinta bila hati rasa dia ada
dan dia juga sentiasa ada?

Adakah ini cinta bila hati mula menjadi raja
dan nafsu mula menjadi juara?

Adakah ini cinta bila hati mula resah
dan segalanya jadi tak tentu arah?

Adakah ini cinta bila hatiku hanya untuk dia
dan hatinya mungkin bukan milikku?

Adakah ini namanya cinta?
Kalau benar, kenapa aku belum merasa bahagia?
Kalau bukan, kenapa aku terasa cukup bahagia?

Abir Abhar
5 September 2012


Tuesday, August 14, 2012

dengan rasa Cinta

Angin lalu datang bertiup
Tanpa dipinta
Meniup kesan luka dan kecewa di hati
Membawa serpihan itu pergi
Mengharapkan aku berdiri
untuk aku hidup kembali

Angin lalu datang bertiup
Tanpa dipinta
Menyapa muka
Menjentik jiwa
Menghadiahkan cinta
Mengukir sejuta rasa

Angin lalu datang bertiup
Tanpa dipinta
Singgah seketika
Menerbangkan aku tinggi
Mengecap bulan
Melukis awan
Merenda bintang

Angin lalu datang bertiup
Tanpa dipinta
Menghadiahkan aku bahagia
Meminjamkan aku rasa cinta
Memberikan aku syurga

Kau datang tanpa ku pinta.
Aku izinkan
Cuma pintaku,
Jangan kau berhembus pergi,
Jangan biarkan aku jatuh lagi,
Jangan biarkan aku terluka lagi,
Kerana aku baru mampu berdiri
untuk aku hidup kembali.

dengan rasa Cinta.

Abir Abhar
25 Ramadhan 1433H