Tuesday, August 14, 2012

dengan rasa Cinta

Angin lalu datang bertiup
Tanpa dipinta
Meniup kesan luka dan kecewa di hati
Membawa serpihan itu pergi
Mengharapkan aku berdiri
untuk aku hidup kembali

Angin lalu datang bertiup
Tanpa dipinta
Menyapa muka
Menjentik jiwa
Menghadiahkan cinta
Mengukir sejuta rasa

Angin lalu datang bertiup
Tanpa dipinta
Singgah seketika
Menerbangkan aku tinggi
Mengecap bulan
Melukis awan
Merenda bintang

Angin lalu datang bertiup
Tanpa dipinta
Menghadiahkan aku bahagia
Meminjamkan aku rasa cinta
Memberikan aku syurga

Kau datang tanpa ku pinta.
Aku izinkan
Cuma pintaku,
Jangan kau berhembus pergi,
Jangan biarkan aku jatuh lagi,
Jangan biarkan aku terluka lagi,
Kerana aku baru mampu berdiri
untuk aku hidup kembali.

dengan rasa Cinta.

Abir Abhar
25 Ramadhan 1433H




No comments:

Post a Comment